F30md55ccw1a122120151101

Tips Perkahwinan : prosedur perkahwinan sppim

Untuk membuat permohonan nikah online, anda dan pasangan boleh isi di laman web SPPIM.  Tapi tahu ke apa tu SPPIM? SPPIM tu sebenar nya ringkasan perkataan dari Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia. Antara modul yang ada dalam SPPIM ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses penceraian, rujuk dan rundingcara. So kali ni admin akan bagitahu cara macam mana nak buat permohonan kebenaran nikah di SPPIM ni.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH ONLINE

 

Yang pertama kali, click masuk ke pautan SPPIM ni: http://www.sppim.gov.my/sppim/home

Dan tekan bahagian ‘Benar Nikah Online”.

 

Bila anda dah tekan bahagian tu, pautan tu akan bawa anda ke bahagian ni pula.  So dekat sini, tekan bahagian bawah sekali. Yang tulis “Permohonan Baru”.

 

 

Anda akan terus di bawa masuk ke pautan ni pula. Jadi dekat sini, isi semua detail tau yang diminta. Ikut step by step sampai la ke bahagian “Hantar” borang tu. Haa senang je kan? Tapi nak isi SPPIM ni ada syarat nya tau. Apa je syarat nya? Jom baca di bahagian bawah.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika :

1.1) Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri

Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak;

1.2) Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;

1.3) Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi

tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2) Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau

perempuan.

3) Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat

Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran

berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4) Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5) Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan

tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari

sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh

permohonan online.

6) Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas

permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7) Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut

belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang

sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8) Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen

sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang

Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh

pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9) Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *