skip to Main Content

TIPS PERKAHWINAN: PROSEDUR PERKAHWINAN SELANGOR

Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, perkara penting yang bakal pengantin wajib tahu mestilah mengenai prosedur perkahwinan negeri masing-masing. Sebenarnya prosedur perkahwinan ni bukannya susah pun, ianya senang sahaja jika kita tahu caranya bagaimana. Jadi, artikel hari ini ialah mengenai prosedur perkahwinan bagi negeri Selangor.
Prosedur Pemohonan Perkahwinan Negeri Selangor

1. Bagi bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan, mereka haruslah menghadiri kursus pra-perkahwinan terlebih dahulu.
2. Mengbuat ujian HIV dimana-mana klinik/hospital kerajaan bagi kedua-dua pasangan di dalam tempoh 6bulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
3. Mengisi borang permohonan perkahwinan secara online di dalam tempoh 3bulan sebelum tarikh majlis.
4. Borang permohonan perkahwinan diisi dengan lengkap dan dokumen sokongan di lampirkan sekali.
5. Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Kariah.
6. Dapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah.
7. Akad nikah berlangsung.
8. Surat perakuan nikah boleh diambil di Pejabat Agama Islam Daerah.

BAGI PEMOHON LELAKI , APA YANG PERLU DIBUAT.

 

Sumber imej: Laman web Jabatan Agama Islam Selangor
PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH (LELAKI)
1. Isikan borang 2A di website //http:ncr.jais.gov.my dengan lengkap dan printkan.
2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/HIV dari klinik/ hospital kerajaan yang berhampiran.
3. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut :
• SALINAN KAD PENGENALAN / PASSPORT(Jika pemohon warganegara asing)
• SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/ PASSPORT (Jika saksi warganegara asing)
• SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN)
• KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
• SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara)
• SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/ PENGERUSI JKKK/ PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
(bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
• SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA. (Jika pemohon duda)
• SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
• SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
• SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)
4. Jadi, bila borang dan dokumen sokongan dah lengkap, maka bakal pengantin lelaki boleh la mula mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Tetapi harus diingat, bakal pengantin lelaki hendaklah membawa bersama 2 orang saksi.
5. Pemohon juga boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah jika Penolong Pendaftar Nikah Qariah sedang bercuti ketika itu. Pastikan borang-borang tersebut telah dicop rasmi dan disertakan tarikh sekali oleh penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.
6. Okey, dah settle bab borang. Jadi sekarang, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah. Tetapi, harus diingat, permohonan nikah yang telah diluluskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah hanya boleh digunakan selama 3 bulan sahaja.
7. Setelah semua urusan oleh pihak lelaki telah selesai, semua borang ni boleh lah di serah kepada pihak perempuan.
BAGI WANITA PULA.

 

Prosedur Permohonan Perkahwinan (Perempuan)
1. Masuk ke website sama seperti permohonan perkahwinan lelaki tetapi Cuma berbeza nya borang. Bagi permohonan perkahwinan bagi bakal pengantin perempuan, pemohon haruslah mengisi borang 2C dan 2D.
2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/HIV dari klinik/ hospital kerajaan yang berhampiran.
3. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut:
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing).
# SALINAN KAD PENGENALAN/ PASSPORT 2 ORANG SAKSI (Jika warganegara asing)
# SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN (Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/ JAWI/ JAIN).
# KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
# SALINAN BORANG PERMOHONAN 2C.(Jika pemohon nikah luar daerah/ Negeri/ Negara).
# SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARI PENGHULU/ KETUA KAMPUNG/ NAZIR MASJID/
PENGERUSI JKKK, PENGERUSI J/K PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
# BORANG KELULUSAN BERKAHWIN/ SURAT KEBENARAN BERKAHWIN BAGI LELAKI.
# SURAT PERAKUAN/ PENGESAHAN/ AKUAN SUMPAH NIKAH IBU BAPA. (Jika perempuan anak sulung atau wali adalah abang lelaki yang sulung)
# SURAT WAKALAH (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah).
# SURAT PERAKUAN/ AKUAN SUMPAH KEMATIAN WALI (BAPA)
# SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA. (Jika pemohon Saudara Baru)
# SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/ PDRM. (Jika pemohon anggota Tentera/ Polis).
# SURAT PERAKUAN CERAI/ KEMATIAN PASANGAN DABN SALINANNYA.(Jika pemohon Janda)
# SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMIGRESEN. (Jika warganegara asing).
4. Okey, bila borang dan dokumen sokongan dah lengkap, pemohon boleh lah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin. Tapi, harus diingat, semasa hendak memohon pengesahan, pemohonan hendaklah membawa bersama wali dan 2 orang saksi.
5. Pemohon juga boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah jika Penolong Pendaftar Nikah Qariah sedang bercuti ketika itu. Pastikan borang-borang tersebut telah dicop rasmi dan disertakan tarikh sekali oleh penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah dan wali yang sah dan juga 2 orang saksi pemohon haruslah dibawa bersama juga.
6. Okey, dah settle bab borang. Jadi sekarang, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah dan permohonan nikah yang telah dibenarkan hanya sah laku selama 3 bulan sahaja.
7. Sebelum majlis akad nikah berlangsung, bakal pengantin perempuan haruslah menyerahkan surat kebenaran perkahwinan kepada penolong pendaftar nikah.
TURUTAN WALI BAGI PEMOHON WANITA (SANGAT PENTING)
1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.
STEP TERAKHIR  BAGI PASANGAN
 Surat perakauan nikah boleh diambil selepas 14 hari bermula dari tarikh pendaftar nikah menghantar borang dan dokumen nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk didaftarkan.
 Suami haruslah menandatangani ruangan ta’liq pada surat perakuan nikah berwarna biru semasa mengambilnya.
SOALAN YANG SERING DITANYA
1. Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ?
Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami), seorang bujang yang telah berusia melebihi 40 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.
2. Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Nikah yang perlu ditemuinya untuk mendapatkan sokongan untuk bernikah?
Pemohon hendaklah merujuk ke qariah masjid yang tempat dia tinggal / mengikut alamat dalam kad pengenalan beliau.
3. Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?
Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.
4. Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah?
Pemohon boleh mengambil borang permohonan nikah di Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau atau boleh download terus di sini.
5. Bilakah masa yang sesuai untuk seorang lelaki membuat permohonan nikah di Pejabat Agama Islam Daerah?
Permohonan tersebut boleh dibuat dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan.
6. Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?
Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.
Jadi, diharap pembaca mfdjannah yang berasal dari Selangor dan bakal melangsungkan rumahtangga bersama pilihan hati masing-masing tidak merasa terbeban dengan prosedur perkahwinan negeri Selangor ini. Sebenarnya, ianya simple sahaja jika kita betol-betol faham flow nya. Tetapi harus diingat, persiapan hendaklah dilakukan dari awal.
Maklumlah, semakin menjelang hari bahagia yang akan berlangsung, maka semakin sibuk lah bakal pengantin menguruskan pelbagai benda. Seeloknya, bakal pengantin masing-masing berbincang dengan pasangan bila urusan prosedur perkahwinan hendak diuruskan, jadi tidak lah menjadi kelam kabut.
Selamat pengantin baharu admin ucapkan kepada pasangan yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat . Semoga perkahwinan anda semua bahagia dunia akhirat dan ditabahkan hati menghadapi dugaan sepanjang menjalani alam rumah tangga. In Shaa Allah.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top