Hiv Test

4 Step Mudah Ujian Saringan HIV

Ujian saringan HIV test ni wajib dibuat oleh semua bakal pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan nanti. HIV test ni boleh dibuat di klinik kesihatan/ hospital kerajaan sahaja. Jadi kali ni admin nak share sikit 4 step paling mudah untuk buat ujian saringan HIV ni.

STEP 1: Daftar ujian saringan HIV test

So macam mana cara nak daftar? Boleh call dahulu klinik kesihatan atau hospital kerajaan berdekatan untuk tahu sama ada pusat perubatan tersebut menawarkan servis ujian HIV test atau tidak. Buat temu janji jika diperlukan.

STEP 2: Dokumen diperlukan dan borang permohonan

Dokumen yang perlu bawa cuma kad pengenalan dan bayaran pendaftaran yang dikenakan pula ialah RM1 sahaja. Murah kan! Bila dah setel bayar, boleh la mula isi borang ujian HIV test ni.

STEP 3: Ujian saringan

Anggota klinik akan membuat Ujian saringan HIV mmenggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test). Anda akan mendapat keputusan ujian saringan HIV dalam masa 5 hingga 20 minit bergantung kepada jenis kit yang digunakan.

STEP 4: Keputusan Ujian Saringan HIV test

Keputusan Ujian saringan HIV test akan di bahagi kepada 2 bahagian: (1) Keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF dan (2) Keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF.

Pasangan yang mendapat keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF akan dimaklumkan mengenai nya dan bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali mereka yang didapati berisiko untuk mendapat jangkitan HIV sahaja. Temujanji juga akan diberi untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik kesihatan dalam tempoh 3-6 bulan.

Pasangan yang mendapat keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF pula akan diberi kaunseling serta ujian pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan cara mengambil 5ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV ni akan mengambil masa selama 2 minggu. Jadi, bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan juga menjalani sesi kaunseling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *